27 Jun 2015

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan 01/2015

Tarikh           : 27 Jun 2015 (Sabtu)
Masa              : 10.00 pagi [Waktu Kavyan]
Tempat          : Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Uthaya Sankar SB yang mempengerusikan mesyuarat mengalu-alukan para Ahli Jawatankuasa (AJK) yang hadir. Walaupun kali terakhir Mesyuarat AJK secara formal adalah pada 23 November 2014, perkembangan aktiviti dibincangkan dan dikongsi para AJK menerusi mesej Facebook. Pengerusi berharap para AJK bersiap-sedia membentangkan laporan dan perkembangan aktiviti.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 Perzeus James (Setiausaha) membentangkan ringkasan minit mesyuarat lalu bertarikh 23 Ogos 2014. Minit yang lengkap sudah dimuatkan di blog untuk rujukan bersama.

2.2 Pengesahan minit mesyuarat lalu (04/2014) dilakukan oleh Muniswaran Errisson dan Kughan Nadarajah.

3. Pembentangan Kedudukan Kewangan

3.1 Muniswaran Errisson (Bendahari) membentangkan laporan kedudukan kewangan; meliputi wang tunai di tangan dan wang dalam akaun bank.

4. Penglibatan AJK dalam Aktiviti Lalu
Setiap AJK terbabit mengemukakan laporan ringkas (lisan) mengenai aktiviti lalu (Disember 2014 – Jun 2015).

4.1 Muniswaran Errisson melaporkan mengenai Program Memartabatkan Bahasa Malaysia anjuran Kavyan-DBP di SJKT Kajang pada 28 Februari 2015.

4.2 Perzeus James memaklumkan bahawa beberapa aktiviti yang dirancangnya sebelum ini tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

4.3 Kughan Nadarajah memaklumkan bahawa aktiviti yang dirancangnya sebelum ini tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

4.4 Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa laporan dan perkembangan beberapa aktiviti yang dijalankannya sudah dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada para AJK menerusi mesej Facebook dan paparan di Facebook. Bagi menjimatkan masa, laporan terperinci tidak dibentangkan pada mesyuarat ini.

5. Perkembangan Perancangan Aktiviti 2015
Setiap AJK melaporkan perancangan dan perkembangan aktiviti yang akan dijalankan sehingga 20 September 2015.

5.1 Bengkel Penulisan Cerpen akan dikendalikan di SM Tsun Jin, Kuala Lumpur pada 14 Julai 2015. Bengkel ini khusus bagi membantu pelajar yang mengambil bahagian dalam Anugerah Kesusasteraan Tsun Jin anjuran sekolah berkenaan.

5.2 Kughan Nadarajah akan mengenal pasti sebuah rumah anak yatim untuk menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri. Acara ini akan dijalankan sebelum 17 Julai 2015.

5.3 Program Memertabatkan Bahasa Malaysia anjuran Kavyan-DBP akan berlangsung di SJKC Yak Chee, Puchong pada 28 Julai 2015.

5.4 Program Penghayatan Puisi Moden (Sajak) dan Puisi Tradisional (Pantun) akan diadakan di SJKC Kuan Cheng 2, Kuala Lumpur pada 31 Julai 2015.

5.5 Muniswaran Errisson memaklumkan bahawa pihak SJKT Kajang berminat mengundang Kavyan mengendalikan Bengkel Penulisan Cereka di sekolah berkenaan sebagai susulan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia (28 Februari 2015). Bengkel ini dijadualkan pada Ogos 2015. Pengesahan tarikh akan dilakukan selewat-lewatnya pada 4 Julai 2015.

5.6 Kughan Nadarajah akan menguruskan Bengkel Penulisan Cereka di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia anjuran Kavyan-DBP di sama ada SJKT Sungai Renggam, Shah Alam atau SJKT Simpang Lima, Klang. Pengesahan tarikh akan dilakukan selewat-lewatnya pada 4 Julai 2015.

5.7 Permohonan bagi Jawatankuasa Kavyan akan ditutup pada 15 Ogos 2015. Borang permohonan sudah dipaparkan di blog – KLIK DI SINI. Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa AJK sedia ada perlu turut mengemukakan permohonan dalam talian supaya proses dapat dijalankan secara adil, telus dan demokrasi.

5.8 Perzeus James sedang mengatur Bengkel Penulisan Makalah khusus bagi siswa-siswi universiti (IPTA) dan kolej (IPTS) pada 5 atau 12 September 2015 di Rumah Kavyan. Pengesahan tarikh akan dilakukan selewat-lewatnya pada 11 Julai 2015. [MAKLUMAT TERKINI DI SINI]

5.9 Acara Baca Cerpen Sasterawan Negara dijadulkan pada 20 September 2015 sebagai pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa promosi menerusi blog dan Facebook akan dibuat sebelum 11 Julai 2015. [MAKLUMAT TERKINI DI SINI]

5.10 Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kavyan akan diadakan pada 20 September 2015 di Rumah Kavyan.

5.11 Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa Bengkel Penulisan Cerpen sedang dirancang sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).  Bengkel ini akan dikendalikan sama ada di Melaka atau di Bukit Rimau, Shah Alam. Pengesahan akan dilakukan sebelum 11 Julai 2015. [MAKLUMAT TERKINI DI SINI]

6. Hal-hal berbangkit
Mesyuarat membincangkan hal-hal berbangkit daripada mesyuarat lalu (04/2014) serta hal-hal lain yang dirasakan perlu dibincangkan segera.

6.1 Muniswaran Errisson mencadangkan supaya kemudahan WhatsApp digunakan sebagai menggantikan mesej Facebook bagi memudahkan perbincangan dalam kalangan AJK Kavyan. Mesyuarat bersetuju dan Perzeus James segera mewujudkan kumpulan berkenaan. Mesyuarat bersetuju supaya hal-hal yang tiada kaitan dengan Kavyan tidak dibincangkan menerusi kumpulan (group) itu.

6.2 Kughan Nadarajah mencadangkan supaya AJK yang menjadi penyelaras diberikan kuasa penuh dalam merancang, menguruskan dan mengendalikan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Mesyuarat bersetuju; tetapi setiap penyelaras diminta memaklumkan perkembangan kepada para AJK menerusi mesej WhatsApp.

6.3 Mesyuarat dimaklumkan mengenai usaha yang sedang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mengembalikan penggunaan istilah “bahasa Melayu” menggantikan “Bahasa Malaysia” -- Baca DI SINI dan DI SINI. Kavyan akan tetap berpegang teguh dengan keputusan menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk kepada bahasa kebangsaan negara ini.

7. Penetapan Tarikh Mesyuarat 02/2015
Memandangkan Mesyuarat Pemilihan AJK akan berlangsung pada 20 September 2015, maka Mesyuarat AJK akan diadakan pada tarikh sama; sebaik selepas pemilihan AJK baru dilakukan.

8. Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:10 pagi. Hal-hal lain yang tidak sempat dibincangkan akan diuruskan menerusi e-mel atau mesej WhatsApp.