28 Jul 2025

Bicara Bharati di Anak Baba


Tarikh: 23 Ogos 2025 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

Anjuran: Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

 

Pengenalan

Subramania Bharati @ Chinnaswami Subramaniyan (11 Disember 1882 – 11 September 1921) terkenal sebagai penyair yang memperjuangkan kemerdekaan negara India dan kecintaan terhadap bahasa Tamil. Penyair ini menguasai pelbagai bahasa termasuk Bengali, Hindi, Sanskrit, dan Inggeris. Beliau juga menterjemah karya bahasa-bahasa lain ke bahasa Tamil. Namun, beliau dengan tegas mengatakan bahawa tiada bahasa lain di dunia ini yang lebih indah daripada bahasa Tamil. Selain menterjemah Bhagavad Gita kepada bahasa Tamil, Bharati juga menghasilkan Kannan Paatu, Kuyil Paatu, dan Panjali Sabatham. Banyak sajak ciptaannya dijadikan lagu, dan masih diberi nafas baharu oleh pemuzik muda serta dimasukkan dalam filem Tamil.

 

Bicara Bharati di Anak Baba

Susulan kejayaan sesi Bicara Tagore di Anak Baba (27 Julai 2025), Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengatur sesi Bicara Bharati di Anak Baba bagi meraikan sajak dan lagu puisi penyair berkenaan, serta mengaitkannya dengan kehidupan kontemporari masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Tamil serta terbuka kepada sesiapa yang berminat (tetapi wajib mendaftar lebih awal).

 

Atur Cara dan Pengisian

Berikut tentatif sesi Bicara Bharati di Anak Baba

 

2:45 petang

Persiapan ruang acara

Ketibaan peserta dan hadirin

Orang ramai boleh membeli makanan/minuman di kaunter

 

3:00 petang [Waktu Kavyan]

“Meraikan Puisi Bharati dalam Pelbagai Bahasa”

Persembahan tiga buah puisi Bharati dalam Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris.

Puisi Satu: “Agni Kunju”

Bahasa Tamil oleh Mahi Ramakrishnan

Bahasa Inggeris oleh __________

Bahasa Malaysia oleh __________

Puisi Dua: “Nallathor Veenai”

Bahasa Tamil oleh M. Mahendran

Bahasa Inggeris oleh __________

Bahasa Malaysia oleh __________

Puisi Tiga: “Achamillai”

Bahasa Tamil oleh __________

Bahasa Inggeris oleh __________

Bahasa Malaysia oleh Uthaya Sankar SB

“Diskusi: Puisi Bharati dan Bangsa Malaysia Hari Ini”

Panel 1: __________

Panel 2: __________

Panel 3: __________

Panel 4: __________

Moderator: Uthaya Sankar SB

“Puisi dan Pertanyaan: Sesi Perkongsian”

Sesi soal-jawab dan perkongsian melibatkan peserta/hadirin

Peserta/hadirin boleh menyampaikan puisi Bharati yang diminati (dalam mana-mana bahasa)

 

Sesi menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keselesaan para peserta/hadirin.

 

Rakaman Foto dan Video

Para hadirin dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Harap maklum bahawa semua foto dan video yang dirakam oleh Uthaya sepanjang sesi adalah untuk dokumentasi Kavyan dan tidak akan diberi kepada sesiapa. Rakaman video oleh Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube. Foto pula untuk paparan di media sosial seperti Twitter (X) dan Instagram.


Pendaftaran Peserta

Sesi Bicara Bharati di Anak Baba dikendalikan dalam kumpulan kecil dan dihadkan kepada 20 orang yang mendaftar lebih awal. Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Keutamaan bagi peserta yang mahu terlibat dalam sesi soal-jawab dan baca puisi semasa sesi perkongsian. Pendaftaran ditutup pada 19 Ogos 2025 (10:00 malam), atau mungkin ditutup lebih awal jika sudah ada maksimum 20 peserta/hadirin.

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya menerusi WhatsApp 011-11411952. Harap maklum bahawa sebarang pertanyaan dan mesej berkaitan Bicara Bharati di Anak Baba tidak akan dilayan dan tidak akan dibalas selepas 19 Ogos 2025 (10:00 malam).

7 Jul 2025

Antologi Cerpen Penulis Malaysia (2026)

1. Pengenalan

1.1. Antologi karya penulis Malaysia yang berjaya diterbitkan oleh Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022), dan Seruling Malam (2024).

1.2. Bagi antologi Lakaran Diri, para penulis menerima honorarium. Bagi projek antologi cerpen baharu ini juga, penulis akan menerima honorarium mengikut kadar standard antarabangsa.

 

2.  Cerpen Penulis Malaysia

2.1. Antologi yang dicadangkan ini bakal memuatkan cerpen (cerita pendek) yang dihasilkan oleh penulis pelbagai kaum di Malaysia – termasuk cerpen Tamil, Mandarin (Cina), dan Inggeris yang diterjemah kepada Bahasa Malaysia.

2.2. Penulis lama dan baharu diberi peluang sama rata.

2.3. Cerpen yang sudah tersiar (kecuali dalam bentuk buku/antologi) dan belum tersiar juga diberi peluang sama rata.

2.4. Penulis mana-mana kaum (asalkan warganegara Malaysia) dan penulis mana-mana bahasa (asalkan karya diterjemah kepada Bahasa Malaysia) turut diberi peluang sama rata.

2.5. Para penulis akan dibayar honorarium apabila buku (antologi) terbit.

 

3. Kategori Cerpen Yang Diterima

3.1. Karya (cerpen, cerita pendek, cereka, fiksyen) mestilah karya asli tanpa ada sebarang unsur yang menjadikan karya itu tidak asli.

3.2. Cerpen bahasa Tamil, Mandarin, Inggeris, dan sebagainya yang sudah diterjemah kepada Bahasa Malaysia.

3.3. Tema adalah bebas tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif dan hal-hal yang melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

3.4. Panjang manuskrip cerpen ialah antara 1,500 dan 2,000 perkataan.

3.5. Manuskrip cerpen hanya akan disunting secara minimum.

3.6. Penulis bertanggungjawab melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.

 

4. Cerpen Yang Sudah Tersiar

4.1. Cerpen Bahasa Malaysia yang sudah tersiar di media cetak (seperti akhbar, majalah, jurnal) atau media elektronik (portal dalam talian) boleh dikirim untuk antologi ini.

4.2. Jangan kirim versi yang sudah disunting oleh editor (media cetak, media elektronik) kerana hak penerbitan versi itu milik penerbit berkenaan.

4.3. Sila kirim versi asal kepada penyelenggara antologi kerana hak cipta dan hak moral manuskrip versi asal itu milik penulis – tidak perlu meminta izin media cetak atau media elektronik berkenaan.

4.4. Walau bagaimanapun, wajib menyebut nama media cetak atau media elektronik terbabit, serta tarikh siaran pada hujung cerpen sebagai tanda penghargaan.

4.5. Penulis bertanggungjawab melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.

4.6. Panjang manuskrip cerpen ialah antara 1,500 dan 2,000 perkataan.

 

5. Cerpen Yang Belum Tersiar

5.1. Cerpen Bahasa Malaysia yang tidak pernah disiarkan di mana-mana juga boleh dikirim untuk antologi ini.

5.2. Penulis digalakkan menyerahkan manuskrip cerpen kepada minimum tiga orang rakan untuk disemak dan dibetulkan sebelum manuskrip itu dikirim kepada penyelenggara.

5.3. Penulis bertanggungjawab melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.

5.4. Panjang manuskrip cerpen ialah antara 1,500 dan 2,000 perkataan.

 

6. Cerpen Dalam Buku atau Antologi

6.1. Cerpen Bahasa Malaysia yang sudah terbit dalam bentuk buku atau antologi – bercetak atau elektronik – tidak boleh dikirim untuk antologi ini.

 

7. Cerpen Terjemahan

7.1. Cerpen dalam bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, dan sebagainya oleh penulis Malaysia boleh diterjemah kepada Bahasa Malaysia untuk dikirim bagi projek antologi ini.

7.2. Cerpen asal itu mestilah sudah pernah tersiar di media cetak (seperti akhbar, majalah, jurnal) atau media elektronik (portal dalam talian).

7.3. Pada hujung cerpen, wajib dinyatakan nama media cetak atau media elektronik terbabit, serta tarikh siaran sebagai tanda penghargaan.

7.4. Cerpen boleh diterjemah sendiri oleh penulis asal atau menggunakan khidmat penterjemah.

7.5. Nama penterjemah wajib dinyatakan pada manuskrip cerpen.

7.6. Kos terjemahan ditanggung sepenuhnya oleh penulis itu sendiri.

7.7. Jika penterjemah yang berminat dengan projek antologi ini, sila berbincang dengan penulis asal karya berkenaan. Karya terjemahan tidak boleh dikemukakan tanpa pengetahuan dan izin penulis asal.

7.8. Penulis asal bertanggungjawab melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.

7.9. Panjang manuskrip cerpen ialah antara 1,500 dan 2,000 perkataan.

 

8. Jumlah Cerpen dan Penulis

8.1. Jumlah cerpen yang disasarkan ialah 20 buah. Misalnya, 5 cerpen asli Bahasa Malaysia, serta masing-masing 5 cerpen bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin yang diterjemah kepada Bahasa Malaysia.

8.2. Jumlah penulis yang disasarkan ialah 20 orang. Misalnya, 5 penulis kaum India, 5 penulis kaum Cina, 5 penulis kaum Melayu, serta 5 penulis Bukan Islam dari Sabah/Sarawak.

8.3. Sekiranya tidak mencapai sasaran 20 penulis, barulah penulis yang sudah terlibat diberi peluang mengemukakan cerpen kedua untuk projek antologi ini.

 

9. Penyelenggara

9.1. Uthaya Sankar SB bertindak sebagai penyelenggara.

 

10. Penerbit

10.1. Antologi ini akan diterbitkan di bawah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) selaras matlamat yang terkandung dalam Perlembagaan Pertubuhan.

 

11. Honorarium

11.1. Sebagaimana dilakukan dalam projek antologi Lakaran Diri (2022), setiap cerpen dibayar honorarium mengikut kadar standard antarabangsa.

11.2. Biasanya honorarium akan dibahagikan antara penyelenggara dan para penulis. Tetapi bagi projek antologi ini, penyelenggara tidak mengambil honorarium. Maknanya, keseluruhan honorarium dibahagikan kepada para penulis mengikut jumlah cerpen.

11.3. Sebagai contoh, andaikan harga jualan antologi ini ialah RM20 dan sejumlah 500 naskhah dicetak.

11.4. Honorarium standard antarabangsa ialah 10% iaitu RM20 x 500 naskhah x 10% = RM1,000.

11.5. Andaikan ada 20 cerpen dalam antologi ini. Maka, RM1,000 ÷ 20 cerpen = RM50 bagi sebuah cerpen.

11.6. Jika seorang penulis ada dua cerpen termuat dalam antologi ini, maka honorarium diterima ialah RM50 x 2 cerpen = RM100.

11.7. Honorarium akan dibayar dalam masa sebulan selepas buku terbit.

11.8. Honorarium akan dibayar kepada penulis asal. Terpulang kepada penulis asal dan penterjemah menguruskan pembahagian yang sesuai.

11.9. Jika buku diulang cetak, para penulis akan menerima honorarium pada kadar sama.

11.10. Para penulis tidak menerima naskhah percuma tetapi boleh membeli buku (antologi) pada harga diskaun, sebagaimana diterangkan di bawah.

 

12. Membeli Naskhah Pada Harga Diskaun

12.1. Penulis yang cerpennya termuat dalam antologi ini boleh membeli 10 atau 20 atau 30 atau 40 atau 50 naskhah pada harga diskaun 50%.

12.2. Misalnya, jika harga pasaran ialah RM20, maka peserta antologi boleh membeli 10 naskah pada harga RM20 x 50% x 10 buku = RM100.

12.3. Jika seorang penulis ada sebuah cerpen sahaja dalam antologi ini, maka wajib membeli minimum 10 buku (pada harga diskaun 50%).

12.4. Jika seorang penulis ada dua buah cerpen dalam antologi ini, maka wajib membeli minimum 20 buku (pada harga diskaun 50%).

12.5. Bayaran bagi pembelian pada harga diskaun ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.

12.6. Hasil kutipan daripada bayaran itu akan digunakan untuk menampung sebahagian kos cetak bagi sekitar 200 naskhah.

12.7. Baki kos cetak bagi sekitar 300 naskhah ditanggung oleh Uthaya.

12.8. Kos penghantaran buku kepada para penulis juga ditanggung oleh Uthaya.

12.9. Apabila buku terbit, para penulis boleh menjual antologi ini pada harga pasaran yang tercatat pada buku.

 

13. Tarikh Tutup Pendaftaran

13.1. Penulis yang berminat menyertai projek antologi ini perlu mendaftar nama selewat-lewatnya pada 30 September 2025.

13.2. Pendaftaran ditutup lebih awal jika sudah ada 20 penulis.

13.3. Penulis yang berminat juga perlu mengirim biodata (100-150 perkataan) semasa mendaftar. Rujuk contoh [biodata di sini] sebagai panduan.

13.4. Biodata boleh dikirim menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).

 

14. Tarikh Hantar Manuskrip

14.1. Manuskrip bersih perlu dikirim kepada penyelenggara selewat-lewatnya pada 30 November 2025.

14.2. Manuskrip wajib dikirim sebagai lampiran (attachement) menerusi e-mel bagi tujuan dokumentasi dan rujukan.

14.3. Kiriman manuskrip menerusi WhatsApp tidak dibenarkan.

14.4. Manskrip yang tidak memenuhi syarat atau ada terlalu banyak kesilapan ejaan dan tanda baca akan ditolak.

 

15. Tarikh Membuat Bayaran

15.1. Bagi pembelian buku pada harga diskaun 50%, peserta perlu membuat bayaran selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.

15.2. Bayaran ini akan digunakan untuk menampung sebahagian kos cetak.

 

16. Sasaran Tarikh Terbit

16.1. Antologi ini disasarkan terbit selewat-lewatnya pada Mac 2026.

16.2. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada sambutan daripada penulis, komitmen peserta, serta kualiti manuskrip cerpen yang dikemukakan.

 

17. Pertanyaan

17.1. Jika ada sebarang pertanyaan, sila baca semula semua maklumat di atas kerana jawapan bagi pertanyaan itu sudah ada di sana.

17.2. Jika masih ada pertanyaan, sila baca semula segala maklumat di atas dengan lebih teliti sehingga jawapan yang dicari berjaya ditemui.

 

18. Pendaftaran Peserta

18.1. Hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 30 September 2025. Untuk mendaftar, perlu kirim biodata (rujuk perkara 13.4 di atas).

3 Jul 2025

Bicara Tagore di Anak Baba

Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)

Masa: 3.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

Anjuran: Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

 

Pengenalan

Rabindranath Tagore @ Rabindranath Thakur (1861-1941) seorang penyair dan sasterawan yang terkenal di seluruh dunia. Beliau menerima Hadiah Nobel Sastera (1913) menerusi Gitanjali (1912). Dr. Lalita Sinha berusaha memperkenalkan Tagore dan karya-karya beliau kepada khalayak umum, khususnya generasi muda di Malaysia.

 

Bicara Tagore di Anak Baba

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengundang Lalita Sinha untuk membicarakan keperibadian Tagore dan beberapa karya beliau dalam suasana santai. Sebagaimana moto buku puisi Gitanjali“I am here to sing thee songs” – maka beberapa puisi dan cerpen Tagore akan dipersembahkan dalam pelbagai bahasa pada sesi ini.

 

Atur Cara dan Pengisian

Berikut tentatif sesi Bicara Tagore di Anak Baba

 

2:45 petang

Ketibaan peserta dan hadirin

Makan-minum ringan disediakan

Orang ramai juga boleh membeli makanan/minuman lain di kaunter

 

3:00 petang

“Meraikan Karya Tagore dalam Pelbagai Bahasa”

Persembahan sajak/puisi Tagore dalam terjemahan

Persembahan cerpen Tagore dalam terjemahan

“Transkreasi: Membicarakan Tagore dan Karyanya”

Panel 1: Lalita Sinha

Panel 2: Aida Harun

Panel 3: Amy Leow

Moderator: Uthaya Sankar SB

“Karya Tagore dan Anak Muda Malaysia”

Sesi soal-jawab dan perkongsian melibatkan peserta/hadirin

Sesi menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, dan sebagainya

[Tonton VIDEO rangkuman - DI SINI]

Rakaman Foto dan Video

Para hadirin dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Harap maklum bahawa semua foto dan video yang dirakam oleh Uthaya sepanjang sesi adalah untuk dokumentasi Kavyan dan tidak akan diberi kepada sesiapa. Rakaman video oleh Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube. Foto pula untuk paparan di media sosial seperti Twitter (X) dan Instagram.

 

Pendaftaran Peserta

Sesi Bicara Tagore di Anak Baba dikendalikan dalam kumpulan kecil dan dihadkan kepada sekitar 15 orang yang mendaftar lebih awal. [Kemas kini: Sehingga 24 Julai 2025, sudah ada 15 peserta.] Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya 24 Julai 2025. Keutamaan bagi peserta yang mahu terlibat dalam sesi soal-jawab dan perkongsian semasa sesi bicara. Pendaftaran ditutup sebaik sudah ada maksimum 15 peserta/hadirin.

7 Jun 2025

Permukiman Penulis Malaysia

Pengenalan

Rata-rata penulis di Malaysia bukan penulis sepenuh masa kerana masing-masing ada pekerjaan hakiki lain. Maka, sering timbul kekangan untuk memperuntukan masa bagi aktiviti penulisan. Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) berpengalaman mengendalikan sesi bimbingan penulisan kreatif dalam usaha menyediakan ruang yang kondusif bagi peserta (penulis) menghasilkan karya. Sesi Penulisan Intensif (SPI) dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16 Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November 2019 [rujuk di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada 8-9 Jun 2024 [rujuk di sini].

 

Permukiman Penulis Malaysia

Program ini diatur bagi penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, dengan tumpuan khusus kepada penulisan cerpen. Sama ada penulis pemula, penulis baharu, penulis berpengalaman, atau penulis yang sudah lama tidak berkarya, semua dipelawa menjadi peserta. Pengisian sesi ini meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI kerana terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu. Tumpuan kali ini kepada penulisan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan).

 

Tarikh

Bermula – 16 Ogos 2025 (Sabtu), 3:00 petang

Tamat – 17 Ogos 2025 (Ahad), 12:00 tengah hari

Nota: Tarikh dimaklumkan lebih awal supaya penulis yang berminat (dan komited) menjadi peserta boleh membuat perancangan awal bagi memastikan tidak ada aktiviti lain pada tarikh sama. Jika peserta tidak mampu mengatur masa dan memberi komitmen bagi menyertai sesi ini, orang lain tidak boleh membantu. Bak kata pepatah Inggeris: You can lead a horse to water, but you can’t make him drink. Peribahasa Melayu: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Malah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Where there is a will, there is a way.

 

Tempat

Sebuah rumah inap (homestay) di Shah Alam, Selangor akan ditempah khusus bagi tujuan sesi ini. Tempahan hanya dibuat apabila sudah ada enam peserta mendaftar dan membuat bayaran.

 

Peserta

Permukiman Penulis Malaysia dirangka bagi peserta dewasa (minimum 21 tahun) yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja (17-20 tahun) yang meminati bidang penulisan cerpen tetapi belum ada pengalaman menulis. Jumlah peserta dihadkan kepada enam (6) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia khususnya cerpen. Peserta perlu bersedia untuk terlibat dalam perbincangan berkumpulan dan sedia menerima komen/kritikan daripada para peserta lain.

 

Bahasa

Permukiman Penulis Malaysia dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya (cerpen, cereka) yang dihasilkan juga dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Peserta yang tidak mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diminta tidak menjadi peserta.

 

Pengisian Permukiman Penulis Malaysia

Antara pengisian permukiman kali ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sesi sumbang saran (brainstorming), penulisan draf awal, membedah karya (cerpen), baca teks, dan penyuntingan manuskrip sehingga terhasil sebuah cerpen bermutu yang layak untuk dikirim ke media penyiaran (akhbar, majalah, antologi, portal dalam talian, dan sebagainya). Tumpuan khusus bagi penulisan cerpen yang sesuai dihantar ke media konvensional dan alternatif. Peserta wajib sudah memikirkan ke media mana cerpen yang dihasilkannya nanti mahu dihantar. Jika peserta bercadang mengirim cerpen ke majalah ABC maka peserta terbabit wajib sudah biasa membaca cerpen di majalah ABC dan tahu kriteria cerpen bagi majalah itu serta cara mengirim cerpen ke majalah itu.

 

Rangka Atur Cara

Perincian dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:

 

Sabtu (16 Ogos 2025)

3:00 petang – Peserta mendaftar masuk ke rumah inap (homestay)

3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]

                    – Komen/pandangan pembimbing dan peserta

[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip. Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja untuk dibincangkan sebelum mula menulis cerpen.]

4:30 petang – Menulis draf awal cerpen [individu]

[Peserta wajib membawa dan menggunakan komputer riba untuk menaip cerpen.]

6:00 petang – Bedah karya (cerpen) [berkumpulan]

7:30 malam – Makan malam (di luar)

9:00 malam – Membaiki karya (cerpen) [individu]

10:00 malam – Bimbingan seorang ke seorang (one-to-one)

11:00 malam – Tamat sesi hari pertama

 

Ahad (17 Ogos 2025)

7:30 pagi – Sarapan (di luar)

8:30 pagi – Membaiki karya (cerpen) [berpasangan]

9:30 pagi – Membaca teks karya (cerpen) dan komen pembimbing

10:30 pagi – Membaiki karya (cerpen) [individu]

11:45 pagi – Kirim cerpen lengkap kepada pembimbing (untuk disunting)

12:00 tengah hari – Mendaftar keluar

 

Bayaran dan Kos

Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa rumah inap (homestay). Bayaran ini perlu dibuat apabila mengesahkan penyertaan. Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan – kerana wang itu digunakan untuk menampung sewa rumah inap. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan dan sebarang kos lain juga ditanggung sendiri.

 

Barangan Keperluan

Peserta wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan. (Extension wire yang dibawa oleh pembimbing bukan untuk digunakan oleh peserta.)

 

Penginapan

Peserta perlu menginap di rumah inap (homestay) kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk seorang peserta. Peserta lelaki tidak dibenarkan masuk ke bilik peserta wanita, dan begitu juga sebaliknya. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan membawa teman, keluarga, pasangan, orang gaji, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.

 

Makan-Minum

Segala kos makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan. Dibenarkan keluar untuk sarapan dan makan malam. Boleh membawa makanan ringan dan jajan jika mahu. Minuman beralkohol tidak dibenarkan. Merokok (termasuk vape) tidak dibenarkan di tempat penginapan.

 

Pembimbing dan Penyelaras

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan secara profesional sejak tahun 1992. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah Rani di Kuil Bhagavati (2025) dan Sebelas Amanat Swamiji (2025). [Baca biodata penuh]

 

Pendaftaran Peserta

Individu yang 100% berminat dan 100% komited menyertai Permukiman Penulis Malaysia sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) untuk mendapatkan maklumat akaun bank bagi pembayaran. Yuran RM50 perlu dibuat untuk mengesahkan penyertaan. Penyertaan ditutup sebaik sudah ada enam (6) peserta.